Ads 468x60px

Sunday, 7 September 2014

BILA SENDI MULA SAKIT




JOM SELAMATKAN SENDI !!

Bismillah..
Entry kali ini saya kongsikan mengenai sakit sendi. Mungkin dikalangan emak ayah kita ada merungut bila nak berdiri sujud semasa solat mesti sakit bukan??  Bila berlaku pada keluarga saya, terutama emak yang dah memasuki 58 tahun, dah bising-bising susah nak bangun bila dah bersimpuh, nak bangun dari sujud pun sakit, jadi sebagai anak kenalah berusaha mencari rawatan yang serasi. Saya mencuba SHAKLEE! Jom, sebelum tu, ambik tahu bagaimana penyakit sendi tu boleh berlaku.
 
Kenapa ia terjadi?
Disebabkan proses penuaan. Apabila meningkat tua, kandungan bendalir di dalam tulang rawan berkurangan dan protein yang membentuk tulang rawan itu akan merosot, menyebabkan permukaan tulang rawan menggelupas dan merekah lalu membentuk alur halus. Dalam kes yang serius, tulang rawan yang melitupi sendi rosak teruk sehingga mendedahkan tulang yang membentuk persendian berkenaan.
Penggunaan berulang kali sendi yang haus selama beberapa tahun boleh menyebabkan radang berlaku pada tulang rawan dan sendi menjadi bengkak serta sakit. Kerosakan tulang rawan menyebabkan tulang sendi bersentuhan dan bergeseran. Ia membuatkan rasa sakit dan mengehadkan pergerakan sendi. Gangguan hormon seperti diabetes dan hormon pertumbuhan tidak teratur juga dikaitkan dengan kehausan awal tulang rawan dan OA sekunder.

Rawatan yang disyorkan
Selain penurunan berat badan dan mengelak daripada melakukan aktiviti lasak yang memberi tekanan berlebihan pada tulang rawan sendi, tidak ada rawatan khusus untuk memberhentikan degenerasi tulang rawan atau membaikpulih tulang rawan yang sudah rosak akibat OA. Matlamat dalam rawatan OA adalah untuk meredakan sakit dan radang sekitar sendi serta mengekalkan fungsi sendi berkenaan.

Ubat boleh digunakan secara topikal, diminum atau disuntik ke dalam sendi untuk mengurangkan keradangan dan sakit. Jika langkah konservatif gagal mengawal rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi, maka doktor akan mencadangkan pembedahan
Lagi kupasan detail boleh BACA KAT SINI!

Kebaikan yang SHAKLEE boleh syorkan untuk pesakit sendi?
Kebaikannya sudah tentu  didapati dari AJHT + OSTEMATRIX + OMEGA GUARD. 
Dengan 3 produk ini, InsyaAllah ia akan membantu mengekalkan tulang yang kuat, melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.
 

Antara testimoni yang berkesan di hati si anak


 
Anda ? Kita? Kami? Semua? Bersabarlah atas ujian yang diberi. Allah juga menyuruh kita mencari penawar yang bersesuaian dengan penyakit kita. Apa salahnya mencuba dari duduk memerhati.

" Sesiapa yang bertakwa kepada  ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
( Ath-Thalaq-65:2-3 )







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...