Ads 468x60px

Tuesday 30 September 2014

Get Clean Water Pitcher

 

Dimulakan dengan Bismillah.
Saya ada cerita dalam diari yang lalu mengenai niat saya nak menShakleekan seluruh keluarga saya. Saya mulakan salah satunya jag penapis air a.k.a 'Get Clean Water Pitcher'. Sedikit hari lalu, saya memang mencari penapis air yang praktikal, mudah serta berkualiti tetapi pilihan harga mesti dalam lingkungan yang mampu saya bayar sebab tak mahu keluar duit ribu riban lagi untuk dapatkan seunit penapis air. Tak moh lagi dah tambah hutang-hutang macam dulu. Jadi, saya nampak penapis air ini masa pertama kali pergi ke branch Taman Molek, jeling-jeling dengan en.somi, ahh tawakal ajelah, terus tambah dalam order [padahal, beg duit tak tengok lagi cukup ker tidak..nak punya pasal].

APA YANG ADA DALAM KOTAK

pic dari google, sendiri punya pic tak lawa
Selain manual sheet yang simple nak guide, ada juga terdapat sekotak biskut karbon refill (hehe.. bukanlah. ia blok karbon, packing aje macam biskut dalam tin tu), ada dapat satu jag jernih transparent dengan siap penutupnya bermeter dan filter housing (tempat simpan blok karbon) dan filter housing cap yang boleh reuse (digunapakai) banyak kali.
Yang menariknya, setiap item ada dijual berasingan. Lagi mudah, beli sahaja set kemudian bila refill blok karbon dah habis hanya terus order refill yang baru sahaja untuk replace semula.
Dari tadi cerita tentang Blok Karbon, apa kandungan ajaibnya itu sehingga boleh menggunakan majika menuras sehingga 80 gelen air? .. Untuk pengetahuan semua, blok turasan ini dicipta dengan arang tempurung kelapa. Nah! Semua ciptaan SHAKLEE tetap mengutamakan Mesra Alam. Jadi, buat apa nak takut untuk berhijrah kepada yang berkualiti. Bak kata Get Clean, ' safe for you, your home and your planet'. Jimatkan?.

CARA PEMASANGAN AMAT PRAKTIKAL 

Berbeza dengan penapis air yang lain kena bukak kepala paip atau pomen apa ntah, tetapi Water Pitcher ni cuma pasang siap-siap blok karbon dalam housing kit tu, tuang sahaja air paip kat singki tu dan tunggu ia menapis dalam beberapa minit, then boleh kita minum. Jangan takut, manual sheet ada disertakan di dalam kotak ini. Senang nak assemble. Yang penting getah bewarna putih ini kena betul-betul terletak kemas pada housing kit. Kalau tidak, air akan turun macam air terjun. Itu salah ye.. itu bukan tapis jadinya. Jangka hayat blok karbon itu bergantung kekerapan anda menuras air dan jangan takut, pitcher ini hanya akan keluar tanda amaran 'REPLACE' dipenutup jag maknanya kita kena tukar blok karbon baru.. Istimewanya lagi, tiada penggunaan elektrikal diperlukan. Bestkan? 

SEBAB JATUH CINTA DENGAN GCWP 

Saya sangat berpuashati dengan penapis air baru ini. Sentiasa SELAMAT dan menyelamatkan seluruh keluarga saya. Dengan keistimewaan Blok Karbon yang boleh menyingkirkan segala benda asing termasuk kandungan plumbum, merkuri, klorin dalam air paip saya di rumah tu. Tiada masalah nampaknya dengan bau dan rasa klorin. Ia menyedapkan air yang saya sekeluarga minum. Bersih!.

Jernih tu dari tapisan GET CLEAN
Ia menjadikan pengguna Malaysia BIJAK memilih dan mengguna. Menjimatkan yang amat dan sangat berbaloi. Satu blok karbon ini boleh menuraskan air sebanyak 80 gelen air = 303 liter air. Bila meter hampir ke '80' barulah ready untuk tukar blok karbon yang baru.

Bagi mereka yang selalu keluar membawa anak bercuti atau yang selalu booking hotel, pitcher ini amat praktikal untuk di bawa. Tak gaduh nak membeli air mineral. 

Sesuai lah dengan namanya ' Get Clean Water Pitcher'. Jom, bila nak mula bersihkan air minuman kita? Seunit berharga RM 460.00. Amat murah, tak sampai pun RM 500.00 berbanding penapis ribu riban yang dahulu. Siap boleh bawak balik kampung dan ikut jalan-jalan melancong lagi. Tak teringin ke? Yang ribu riban dulu cuma terlekat kat dinding dapur, kita keluar melancong pun tak bawakkan?. Lagilah pulak kita kena beli air mineral untuk nak minum. Sebotol seorang, kalau anak kita 5 orang? hehe kiralah sendiri..
Saya setiap hari memang bawa bekalan air ini ke pejabat. Selalu jer sedekah sebotol air pada kawan-kawan, mereka kata sedap. Rasa airnya berbeza dengan mineral yang dijual tu. Lagilah saya selalu bawakkan untuk mereka bila mereka dah sebut suka sebab sedap!. Apalah sangat dengan sedekah air jer.. Moga-moga mereka sihat, buah pinggang takde masalah dan dapat tolong basahkan tekak mereka yang haus sambil-sambil dok doa moga satu jag air ini mesti ada kat rumah  untuk mereka satu hari nanti. Amin.. 


Mana-mana yang berhadapan dengan masalah air putih dalam minuman, saya cadangkan set ini memang patut dipilih sebab kehandalannya menuras, harga yang mampu milik, sangat praktikal dan yang penting selamat dan sangat mesra pengguna. Terujakan bila sharing saya kali ini dan teringin nak dapatkan satu tetapi.... sistem kewangan terhad buat masa sekarang ni, saya faham dan saya ada tips mudah untuk anda semua dapatkannya dengan sms 019 7312447 atau yang nak dapatkan sendiri boleh pergi ke branch SHAKLEE yang berdekatan dan boleh guna id saya 1150236
Saya doakan  langkah kebijaksanaan anda akan 'safe you, your home and your planet!.

Thanks reading : )






Saturday 27 September 2014

ADAKAH JANTUNG ANDA BERMASALAH?

 

Dimulakan dengan Bismillah.
Hai, sihat semua? Saya doakan anda semua dilindungi keberkatanNYA. 

Semasa menulis perenggan ini, saya teringatkan ayah saya yang sedang dalam sesi recovery dari bypass Jantung. Sekejapan rasanya sudah 6 bulan ayah menghadapinya. Inilah kali pertama kami sekeluarga diduga seperti ini. Macam-macam berlaku depan mata saya, ayah pitam depan pintu rumah, rambut ayah gugur bila disikat, selera makan ayah patah, berat badan ayah turun mendadak, dan terbaru ini ayah dan emak bercerita tentang kepayahan solat 4 rakaat. Ada kalanya, ayah boleh berdiri selesaikan, tapi bila dia rasa tidak bertenaga dan menggigil, nak habiskan 4 rakaat itu pun kena selesaikan dengan cara duduk. Berbeza benar masa sihatnya, boleh menunggang ke kebun jauh dengan motor. Memang sedih.

Saya biasa mendengar kisah sakit jantung kawan-kawan dan kebiasaannya saya tidaklah serius sangat nak menghayati jerihnya. Cerita terbaru pada hari raya aidilfitri yang baru lepas ini, sahabat sepejabat lama saya telah kehilangan suami secara tiba-tiba. Pada hari raya ketiga. Muda lagi orangnya. Masih ada lagi anak-anak yang masih bersekolah. Sedih dan sukar hendak dibayangkan. Sebolehnya sekarang, saya akan elak membaca surat khabar yang ada berkaitan dengan penyakit ini. Hati saya luluh sedih nak membayangkannya. Saat itulah, saya berazam untuk elakkan semua ahli keluarga saya dari penyakit ini. Kasihan. Sungguh kasihan dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang seperti anak sahabat saya dan juga baby di keratan akhbar di bawah ini.

 

Sedar atau tidak, kita semua mungkin ada simptom untuk dapat sakit jantung. Tidak percaya? Cuba lihat cara pemakanan kita hari ini. Zaman nenek moyang kita semua dulu menjaga pemakanan mereka sebab itu, umur mereka ada yang panjang dan masih sihat bertenaga. Tetapi kita di zaman sekarang memang tidak mampu nak menjaga kesihatan. Banyak dugaan. Terlalu banyak fast food. Roda kehidupan yang berputar menjadikan kita semua tak sempat untuk hidup secara sihat. Bukan nak menakutkan anda semua, tapi nak 'mengetuk' pintu hati masing-masing untuk menjaga kesihatan kita semua. 

Macamana ayah saya ni boleh sakit jantung, jom kita lihat punca penyakit jantung yang merupakan penyebab ketidak-upayaan dan kematian pra matang popular pada orang Malaysia ni.

JENIS PENYAKIT JANTUNG
Ada dua jenis penyakit jantung. Penyakit Jantung Konginetal dan Penyakit Jantung Bukan Konginetal.
Penyakit Jantung Konginetal itu berlaku sejak dalam kandungan lagi, contohnya jantung berlubang atau pun berlaku kecacatan injap jantung. Ini semua terletak pada rezeki setiap pasangan, bukan bebanan ye. Allah menguji dahulu sebelum DIA menghantar hikmah sebalik ujian itu pada kita dan yakinlah dalam rukun semestinya kita dah ucap sedia ada 'Percaya Qada dan Qadar'. Sayang tak kita pada DIA sebelum kita menyayangi 'rezeki' yang diberikan.

Penyakit Jantung Bukan Konginetal, ia adalah akibat dari cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan. Tiga jenis iaitu Reumatik, Infektif dan yang paling popular kerap berlaku Koronari

Tetapi, entri kali ini saya hanya nak sentuh tentang Penyakit Jantung Koronari seperti yang berlaku pada ayah saya. Ia berlaku akibat penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini lama kelamaan akan mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat. Pernah rasa sakit dada? Bila tersumbat, ia akan berlaku pengurangan aliran darah ke otot jantung dan menyebabkan sakit dada atau angina pektoris. 

TANDA SERANGAN JANTUNG
Kebiasaannya, anda akan merasa sesak nafas. Susah nak tarik nafas dalam-dalam macam biasa. Bila menarik pun akan ada rasa sedikit sakit di bahagian dada. Ada juga yang sakit dada seperti menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan kebiasaannya rasa sakit itu merebak ke lengan kiri dan leher. Bila rasa sakit itu mulai datang mencengkam, adakalanya anda boleh jatuh pengsan atau seperti hendak pitam. Ada di antara mereka yang merasa pening kepala, berasa loya, berpeluh dingin atau berasa sejuk walaupun suhu di sekeliling persekitaran panas.

FAKTOR RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI
1) Tabiat Merokok
2) Kolestrol Tinggi Dalam Darah
3) Tekanan Darah Tinggi
4) Pesakit Diabetes
5) Cara Hidup Sedentari
6) Mempunyai Lebihan Berat Badan, Gemuk atau Obesiti
7) Stress Berpanjangan yang tidak ditangani dengan bijak
8) Tidak mengamalkan Pemakanan Yang Sihat
9) Mempunyai Sejarah Ahli Keluarga yang menghidapi penyakit jantung.

Ayah baru dapat keluar dari wad

Ayah saya sendiri, mungkin zaman mudanya dahulu beliau perokok. Bila sudah berumur, budaya merokok itu sudah ditinggalkan. Walaupun ayah saya bukan perokok tegar, tapi kesannya sudah mula nampak bila umurnya memasuki 50's. Sejak ayah saya mula menyandang gelaran pesakit jantung, nampak saja di mana - mana orang tengah menghisap rokok, perasaan ngeri dalam diri saya mula datang. Kenapa? Saya dah nampak kepayahan orang yang sakit jantung ini nak baikpulih, sewaktu dapat ziarah ayah dalam wad IJN. Urat wayar berselirat di dada, lebih lagi yang di 'operate' itu adalah jantung yang menjadi organ dalaman paling penting manusia. Tapi, yang saya lagi sedih, bukan dikalangan warga emas sahaja yang ada dalam wad khas tu, orang muda-muda pun ada. Hisyy memang kasihan.



LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG
Anda pula bagaimana? Ada salah satu tanda yang kerap berlaku seperti di atas? Bersyukurlah. Jika anda boleh membaca entri kali ini. Ini bermaksud Allah memilih dan memberi kita masa lagi untuk kekal sihat dan diberi peluang terus hidup di dunia. Bila kita sudah memasuki umur 30's, sepatutnya dah mula membuat pemantauan terhadap Indeks Jisim Badan ( BMI ) serta pemeriksaan secara berkala terhadap;

1. Tahap Glukos
2. Tahap Kolestrol
3. Tahap Tekanan Darah
4. Komposisi Lemak Badan

Saya akui, di luar memang ramai yang mula 'tersedar' dengan pentingnya menjaga kesihatan tapi masih ada yang belum mampu mengubahnya.  Mereka memang tahu dengan melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mengawal tekanan, mengawal Diabetes dan semua yang kena lakukan tu adalah semata-mata untuk menguatkan jantung. Tetapi, budaya sesetengah orang kita yang 'bahagia dulu sakit kemudian' inilah yang susah untuk dihentikan.

Boleh kita semua makan ikut seperti carta piramid makanan?. Boleh kita kawal kadar gula dalam minuman dan makanan kita?. Boleh kita wajibkan senaman ringan setiap hari? Tentu kita semua masih di pulau alasan, bukan?. Apatah lagi, kita orang Asia memang dari zaman kanak-kanak sudah dikenalkan dengan pelbagai makanan tradisi dan makanan pemanis mulut yang enak. Pergilah ke merata tempat di Malaysia, dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang hingga makan malam memang tidak sukar mendapatkan juadah makanan.


Bagi membantu anda semua, izinkan saya untuk berkongsi tips mudah jaga jantung kita. Memang mudah cuma syaratnya anda kena pegang jadual. Boleh?. Pegang jadual je pun, hanya jadual makan suplemen. Dengan cara yang mudah, istiqamah dan dengan niat mahu hidup sihat, bukan kata jaga jantung, risiko dari no.1 hingga 9 tadi, insyaAllah akan dapat dielakkan.

Tips ini sudah saya kongsikan dalam keluarga saya. Walaupun ianya baru di peringkat permulaan, malah sedikit mula dilihat memberangsangkan, telah menunjukkan tanda yang baik selepas saya memulakan langkah memilih ke arah hidup yang sihat. Cuma 'buka dan telan'. Itulah tips mudah 'Buka botol dan Telan suplemen. Jangan takut, anda telan dengan produk yang dah beratus kali diuji dalam makmal. Ia selamat, Ia berkesan dan yang paling saya suka, ia semulajadi! Inilah set kombinasi yang memang ohhsome!


Pengambilan suplemen adalah dicadangkan untuk anda yang mahu menjaga kesihatan jantung. Antaranya yang boleh anda ambil termasuk Omega Guard, CoQ dan produk terbaru Phytocol-ST. Setiap set kombinasi ini bekerjasama untuk mengurangkan kolestrol, menyokong penghasilan tenaga jantung serta membantu peredaran darah yang lancar. Kos setiap set yang dicadangkan adalah mampu milik dan ia memang berkesan. Sedikit info bagi setiap set kombinasi yang sangat istimewa.

Phytocol-ST
Ia bertindak secara semulajadi untuk merendahkan paras kolestrol. Campuran Sterol dan Stanol yang kaya untuk kesihatan. Sebotol mengandungi 120 biji.

CoQHealth Plus
Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung. Bertindak sebagai Antioksida. Meningkatkan peredaran darah serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 anda. Sebotol mengandungi 30 biji.

Omega Guard
Kandungan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Sebotol mengandungi 90 biji.


Vivix
Kaya dengan polifenol, fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti - penuaan semulajadi. Ia membantu mengurangkan risiko sakit jantung serta menyokong fungsi kardiovaskular yang baik.

Nak sharing sikit pasal kos bypass ayah hari itu, jejak jugalah dekat RM 32K. Itupun guna 'GL', kalau takde 'GL' memang terduduk kami adik beradik nak mengumpulnya. Manalah cukup saving adik beradik, buat loan bank pun belum tentu lepas kalau kami bukan 'pekerja gomen'. Bila rujuk sendiri kos rawatan yang perlu dibayar sendiri memang saya jujur berterus terang di sini, saya memang tidak mampu. Sebab saya datangnya dari keluarga yang bersederhana, tidak mewah dan saving pun cukup sahaja. Mulai dari pengalaman sakit jantung ayah, saya bangun untuk sihat dan saya tidak mampu untuk mengeluarkan modal rawatan sebegitu banyak.

Berbalik pada kesedaran, pada pandangan saya, dengan bermodalkan harga mampu milik sebotol suplemen insyaAllah, kita dapat mengurangkan penyakit, kita dapat mengurangkan kos rawatan penyakit yang berpuluh ribu, kita dapat bebaskan masalah masa dan hal keluarga dan tidak perlulah kita menebal muka membuat pinjaman seperti di atas sekiranya saat ini kita sudah menebalkan nafsu dan hati kita dalam menjaga pemakanan dan cara hidup kita yang sihat. 

Dan, kita juga dapat mengambil iktibar dengan cara En.Mahmud dalam keadaan terpaksa menjual rumah bagi menampung kos rawatan sakit jantung dan pelbagai penyakit yang dihadapinya.


" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri "  sedikit petikan dari surah Ar-Ra'd 13:11. Renung-renungkanlah.

Meh sini, jangan segan-segan hubungi saya di nombor tertera sebelah jika anda mahu tahu cara mudah untuk tidak mahu memilih jalan membuat pinjaman peribadi ataupun anda tidak mahu terdesak untuk menjual rumah atau segala harta benda anda bagi melangsaikan kos rawatan Jantung anda atau orang tersayang anda. Anda ingin mencuba tetapi dek terhalang dengan kekangan kewangan?. Tidak mengapa, terus hubungi saya sebab saya senang hati akan membantu anda atau anda boleh gunakan ID 1150236 saya untuk pembelian di branch SHAKLEE yang berdekatan dengan anda. Tiada caj tersembunyi, tiada unsur yang meragukan, semuanya ditanggung HALAL dan sentiasa selamat, setiasa berkesan dan sentiasa Mesra Alam.
Thanks Reading : )






Sunday 14 September 2014

UBAH SELERA SI PICKY EATER ANDA


Dimulakan dengan Bismillah,
Hai, jumpa lagi readers.. semoga anda dibawah lindungan keberkatanNya.
Entri kali ini berkisar pada si anak yang susah nak makan. Bila dah ada anak, lain pulak kisahnya bila ada yang jenis memilih. Lagi susah bila nak pergi bertandang ke rumah orang terutama yang menjemput kenduri makan. Tak berkenan pada tekak dan rupa, berteriaklah ibu ayah.

Baru-baru ini, kawan saya bercerita tentang anaknya yang bukan jenis pemakan, makan pun bila rasa lapar barulah dia mintak tetapi anaknya aktif. Susah juga nak handle anak seperti ini. Melihat kesusahan ibunya untuk mencari penyelesaian, saya terus cadangkan 'MealShake' yang memang jadi faveret semua yang dah rasa.

Apa yang Meal Shake boleh bantu?
Di zaman sekarang yang serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan seimbang. Dengan bancuhan Meal Shake, anak anda akan mendapat 23 vitamin utama bersama iron dan juga serat. Dengan bau vanila aiskrim yang sedap, makanan tambahan ini menyediakan jumlah yang seimbang bagi sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shake juga membantu menguatkan sistem imunisasi anak yang sering terdedah kepada jangkitan penyakit termasuk demam dan selsema.
Namun, apa salahnya kita sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan dan perihatin terhadap tumbesaran anak mungkin tiada masalah dengan mengeluarkan sedikit pelaburan bagi mendapatkan makanan tambahan yang baik. Bukan untuk orang lain, untuk anak-anak kita juga, bukan?. Anda juga boleh baca testimoni CikHusna pada entri yang lepas.

Saya juga faham ada di antara kita yang ingin mencuba tetapi dek terhalang dengan kekangan kewangan. Tidak mengapa, terus hubungi saya sebab saya senang hati akan membantu anda atau anda boleh gunakan ID saya untuk pembelian di branch SHAKLEE yang berdekatan dengan anda. 
 
Macamana nak dapatkan MEAL SHAKES ni ? Senang saja, boleh tel / whatsapps / sms / pm :) InsyaAllah, saya akan senang hati menerima segala pertanyaan.


.. THANKS READING : )






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...