Dimulakan dengan Bismillah.
Hai, sihat semua? Saya doakan anda semua dilindungi keberkatanNYA.
Semasa menulis perenggan ini, saya teringatkan ayah saya yang sedang dalam sesi recovery dari bypass Jantung. Sekejapan rasanya sudah 6 bulan ayah menghadapinya. Inilah kali pertama kami sekeluarga diduga seperti ini. Macam-macam berlaku depan mata saya, ayah pitam depan pintu rumah, rambut ayah gugur bila disikat, selera makan ayah patah, berat badan ayah turun mendadak, dan terbaru ini ayah dan emak bercerita tentang kepayahan solat 4 rakaat. Ada kalanya, ayah boleh berdiri selesaikan, tapi bila dia rasa tidak bertenaga dan menggigil, nak habiskan 4 rakaat itu pun kena selesaikan dengan cara duduk. Berbeza benar masa sihatnya, boleh menunggang ke kebun jauh dengan motor. Memang sedih.
Saya biasa mendengar kisah sakit jantung kawan-kawan dan kebiasaannya saya tidaklah serius sangat nak menghayati jerihnya. Cerita terbaru pada hari raya aidilfitri yang baru lepas ini, sahabat sepejabat lama saya telah kehilangan suami secara tiba-tiba. Pada hari raya ketiga. Muda lagi orangnya. Masih ada lagi anak-anak yang masih bersekolah. Sedih dan sukar hendak dibayangkan. Sebolehnya sekarang, saya akan elak membaca surat khabar yang ada berkaitan dengan penyakit ini. Hati saya luluh sedih nak membayangkannya. Saat itulah, saya berazam untuk elakkan semua ahli keluarga saya dari penyakit ini. Kasihan. Sungguh kasihan dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang seperti anak sahabat saya dan juga baby di keratan akhbar di bawah ini.
Sedar atau tidak, kita semua mungkin ada simptom untuk dapat sakit jantung. Tidak percaya? Cuba lihat cara pemakanan kita hari ini. Zaman nenek moyang kita semua dulu menjaga pemakanan mereka sebab itu, umur mereka ada yang panjang dan masih sihat bertenaga. Tetapi kita di zaman sekarang memang tidak mampu nak menjaga kesihatan. Banyak dugaan. Terlalu banyak fast food. Roda kehidupan yang berputar menjadikan kita semua tak sempat untuk hidup secara sihat. Bukan nak menakutkan anda semua, tapi nak 'mengetuk' pintu hati masing-masing untuk menjaga kesihatan kita semua.
Macamana ayah saya ni boleh sakit jantung, jom kita lihat punca penyakit jantung yang merupakan penyebab ketidak-upayaan dan kematian pra matang popular pada orang Malaysia ni.

JENIS PENYAKIT JANTUNG
Ada dua jenis penyakit jantung. Penyakit Jantung Konginetal dan Penyakit Jantung Bukan Konginetal.
Penyakit Jantung Konginetal itu berlaku sejak dalam kandungan lagi, contohnya jantung berlubang atau pun berlaku kecacatan injap jantung. Ini semua terletak pada rezeki setiap pasangan, bukan bebanan ye. Allah menguji dahulu sebelum DIA menghantar hikmah sebalik ujian itu pada kita dan yakinlah dalam rukun semestinya kita dah ucap sedia ada 'Percaya Qada dan Qadar'. Sayang tak kita pada DIA sebelum kita menyayangi 'rezeki' yang diberikan.
Penyakit Jantung Bukan Konginetal, ia adalah akibat dari cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan. Tiga jenis iaitu Reumatik, Infektif dan yang paling popular kerap berlaku Koronari.
Tetapi, entri kali ini saya hanya nak sentuh tentang Penyakit Jantung Koronari seperti yang berlaku pada ayah saya. Ia berlaku akibat penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini lama kelamaan akan mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat. Pernah rasa sakit dada? Bila tersumbat, ia akan berlaku pengurangan aliran darah ke otot jantung dan menyebabkan sakit dada atau angina pektoris.
TANDA SERANGAN JANTUNG
Kebiasaannya, anda akan merasa sesak nafas. Susah nak tarik nafas dalam-dalam macam biasa. Bila menarik pun akan ada rasa sedikit sakit di bahagian dada. Ada juga yang sakit dada seperti menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan kebiasaannya rasa sakit itu merebak ke lengan kiri dan leher. Bila rasa sakit itu mulai datang mencengkam, adakalanya anda boleh jatuh pengsan atau seperti hendak pitam. Ada di antara mereka yang merasa pening kepala, berasa loya, berpeluh dingin atau berasa sejuk walaupun suhu di sekeliling persekitaran panas.
FAKTOR RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI
1) Tabiat Merokok
2) Kolestrol Tinggi Dalam Darah
3) Tekanan Darah Tinggi
4) Pesakit Diabetes
5) Cara Hidup Sedentari
6) Mempunyai Lebihan Berat Badan, Gemuk atau Obesiti
7) Stress Berpanjangan yang tidak ditangani dengan bijak
8) Tidak mengamalkan Pemakanan Yang Sihat
9) Mempunyai Sejarah Ahli Keluarga yang menghidapi penyakit jantung.
Ayah baru dapat keluar dari wad |
Ayah saya sendiri, mungkin zaman mudanya dahulu beliau perokok. Bila sudah berumur, budaya merokok itu sudah ditinggalkan. Walaupun ayah saya bukan perokok tegar, tapi kesannya sudah mula nampak bila umurnya memasuki 50's. Sejak ayah saya mula menyandang gelaran pesakit jantung, nampak saja di mana - mana orang tengah menghisap rokok, perasaan ngeri dalam diri saya mula datang. Kenapa? Saya dah nampak kepayahan orang yang sakit jantung ini nak baikpulih, sewaktu dapat ziarah ayah dalam wad IJN. Urat wayar berselirat di dada, lebih lagi yang di 'operate' itu adalah jantung yang menjadi organ dalaman paling penting manusia. Tapi, yang saya lagi sedih, bukan dikalangan warga emas sahaja yang ada dalam wad khas tu, orang muda-muda pun ada. Hisyy memang kasihan.
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG
Anda pula bagaimana? Ada salah satu tanda yang kerap berlaku seperti di atas? Bersyukurlah. Jika anda boleh membaca entri kali ini. Ini bermaksud Allah memilih dan memberi kita masa lagi untuk kekal sihat dan diberi peluang terus hidup di dunia. Bila kita sudah memasuki umur 30's, sepatutnya dah mula membuat pemantauan terhadap Indeks Jisim Badan ( BMI ) serta pemeriksaan secara berkala terhadap;
1. Tahap Glukos
2. Tahap Kolestrol
3. Tahap Tekanan Darah
4. Komposisi Lemak Badan
Saya akui, di luar memang ramai yang mula 'tersedar' dengan pentingnya menjaga kesihatan tapi masih ada yang belum mampu mengubahnya. Mereka memang tahu dengan melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mengawal tekanan, mengawal Diabetes dan semua yang kena lakukan tu adalah semata-mata untuk menguatkan jantung. Tetapi, budaya sesetengah orang kita yang 'bahagia dulu sakit kemudian' inilah yang susah untuk dihentikan.
Boleh kita semua makan ikut seperti carta piramid makanan?. Boleh kita kawal kadar gula dalam minuman dan makanan kita?. Boleh kita wajibkan senaman ringan setiap hari? Tentu kita semua masih di pulau alasan, bukan?. Apatah lagi, kita orang Asia memang dari zaman kanak-kanak sudah dikenalkan dengan pelbagai makanan tradisi dan makanan pemanis mulut yang enak. Pergilah ke merata tempat di Malaysia, dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang hingga makan malam memang tidak sukar mendapatkan juadah makanan.
Bagi membantu anda semua, izinkan saya untuk berkongsi tips mudah jaga jantung kita. Memang mudah cuma syaratnya anda kena pegang jadual. Boleh?. Pegang jadual je pun, hanya jadual makan suplemen. Dengan cara yang mudah, istiqamah dan dengan niat mahu hidup sihat, bukan kata jaga jantung, risiko dari no.1 hingga 9 tadi, insyaAllah akan dapat dielakkan.
Tips ini sudah saya kongsikan dalam keluarga saya. Walaupun ianya baru di peringkat permulaan, malah sedikit mula dilihat memberangsangkan, telah menunjukkan tanda yang baik selepas saya memulakan langkah memilih ke arah hidup yang sihat. Cuma 'buka dan telan'. Itulah tips mudah 'Buka botol dan Telan suplemen. Jangan takut, anda telan dengan produk yang dah beratus kali diuji dalam makmal. Ia selamat, Ia berkesan dan yang paling saya suka, ia semulajadi! Inilah set kombinasi yang memang ohhsome!
Pengambilan suplemen adalah dicadangkan untuk anda yang mahu menjaga kesihatan jantung. Antaranya yang boleh anda ambil termasuk Omega Guard, CoQ dan produk terbaru Phytocol-ST. Setiap set kombinasi ini bekerjasama untuk mengurangkan kolestrol, menyokong penghasilan tenaga jantung serta membantu peredaran darah yang lancar. Kos setiap set yang dicadangkan adalah mampu milik dan ia memang berkesan. Sedikit info bagi setiap set kombinasi yang sangat istimewa.
Phytocol-ST
Ia bertindak secara semulajadi untuk merendahkan paras kolestrol. Campuran Sterol dan Stanol yang kaya untuk kesihatan. Sebotol mengandungi 120 biji.
CoQHealth Plus
Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung. Bertindak sebagai Antioksida. Meningkatkan peredaran darah serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 anda. Sebotol mengandungi 30 biji.
Omega Guard
Kandungan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Sebotol mengandungi 90 biji.
Vivix
Kaya dengan polifenol, fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti - penuaan semulajadi. Ia membantu mengurangkan risiko sakit jantung serta menyokong fungsi kardiovaskular yang baik.
Nak sharing sikit pasal kos bypass ayah hari itu, jejak jugalah dekat RM 32K. Itupun guna 'GL', kalau takde 'GL' memang terduduk kami adik beradik nak mengumpulnya. Manalah cukup saving adik beradik, buat loan bank pun belum tentu lepas kalau kami bukan 'pekerja gomen'. Bila rujuk sendiri kos rawatan yang perlu dibayar sendiri memang saya jujur berterus terang di sini, saya memang tidak mampu. Sebab saya datangnya dari keluarga yang bersederhana, tidak mewah dan saving pun cukup sahaja. Mulai dari pengalaman sakit jantung ayah, saya bangun untuk sihat dan saya tidak mampu untuk mengeluarkan modal rawatan sebegitu banyak.
Berbalik pada kesedaran, pada pandangan saya, dengan bermodalkan harga mampu milik sebotol suplemen insyaAllah, kita dapat mengurangkan penyakit, kita dapat mengurangkan kos rawatan penyakit yang berpuluh ribu, kita dapat bebaskan masalah masa dan hal keluarga dan tidak perlulah kita menebal muka membuat pinjaman seperti di atas sekiranya saat ini kita sudah menebalkan nafsu dan hati kita dalam menjaga pemakanan dan cara hidup kita yang sihat.
Dan, kita juga dapat mengambil iktibar dengan cara En.Mahmud dalam keadaan terpaksa menjual rumah bagi menampung kos rawatan sakit jantung dan pelbagai penyakit yang dihadapinya.
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri " sedikit petikan dari surah Ar-Ra'd 13:11. Renung-renungkanlah.
Meh sini, jangan segan-segan hubungi saya di nombor tertera sebelah jika anda mahu tahu cara mudah untuk tidak mahu memilih jalan membuat pinjaman peribadi ataupun anda tidak mahu terdesak untuk menjual rumah atau segala harta benda anda bagi melangsaikan kos rawatan Jantung anda atau orang tersayang anda. Anda ingin mencuba tetapi dek terhalang dengan kekangan kewangan?. Tidak mengapa, terus hubungi saya sebab saya senang hati akan membantu anda atau anda boleh gunakan ID 1150236 saya untuk pembelian di branch SHAKLEE yang berdekatan dengan anda. Tiada caj tersembunyi, tiada unsur yang meragukan, semuanya ditanggung HALAL dan sentiasa selamat, setiasa berkesan dan sentiasa Mesra Alam.
Thanks Reading : )
0 comments:
Post a Comment