Ads 468x60px

Wednesday 27 August 2014

KARYA TERAGUNG

KARYA AGUNG CIPTAAN ALLAH
Entry kali ni sharing dari blog Cik Payung Umbrella, jomlah baca santai-santai.
Allah ciptakan wanita sebaik-baik kejadian. Cuma kita ni yang belum berani nak pulangkan balik pinjaman dengan keadaan yang baik seperti asal.
Alkisah, Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita. Padahal boleh saja Allah mengatakan “Kun, Fayakun”. Jadilah, maka jadi. Tetapi Allah Maha bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.
Malaikat menghadap Allah dan bertanya: “Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan makhluk yang bernama wanita ini?”
Allah menjawab: “Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangankan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu dengan kedua tangannya".
Malaikat terkejut dan berkata: “Hanya dengan dua tangan? Ini adalah hal yang mustahil!”
Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada Malaikat , Allah berfirman:“Tunggulah sampai esok, Aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai, Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari dan malam.”
Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah: “Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!”
Allah menjawab: “Ya, Sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”
Malaikat bertanya: “Apakah dia bisa berfikir?”
Allah menjawab: “Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga berdebat.”
Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah:“Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau?”
Allah menjawab: “Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan airmata, dan disitu terletak banyak beban berat.”
Malaikat bertanya: “Mengapa mengalirkan airmata?”
Allah menjawab: “Airmata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya airmata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya”.
Subhanallah..!! Lihatlah Wanita adalah Maha Karya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya besar Allah yang maha indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia. Lebih ajaib dari keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajauban yang menyertainya.
Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita.

SAKIT WANITA DAN SHAKLEE
Sebagaimana yang kita tahu, di sekeliling kita rata-rata ramai yang dengar dan pernah merasa sakit. Cakaplah sakit apa yang orang perempuan tidak pernah rasa, dari seringan-ringan penyakit kepada seberat-berat sakit seperti menahan sakit bersalin. Tipulah kalau tak pernah rasa. Syabas kalau anda tidak pernah merasa sakit. Susah nak jumpa.

Seihklasnya, saya amat suka berkongsi pengalaman tentang penggunaan supplemen Shaklee kepada semua. Untuk menyelesaikan masalah sakit pada diri sendiri, saya bertawakal untuk membeli Shaklee. Mahal..memang kos mahal tetapi apalah nak dibandingkan kos jajan bukan-bukan yang kita beli dulu yang penuh dengan asam masin manis gula tinggi karbo atau secantik sehelai blaus yang bulan-bulan patut wajib beli atau tudung mengerlip sekilau bintang dengan harga sebotol supplemen yang memang alhamdulillah .. insyaAllah telah menyingkirkan sakit itu dalam diri kita.. yang tahan 2 hingga 3 bulan.. yang bahagianya bila mendengar supplemen itu membuat emak ayah kita boleh berdiri bila nak bersolat.

Bangunlah, tak payahlah nak boikot madang bila melihat pengeluaran itu datangnya dari Amerika. Hidup kita sebagai manusia pun ada buruk  ada baiknya. Begitu juga ciptaan Allah yang menjadikan manusia sebaik-baik umat dan syaitan sejahat-jahat ciptaan. Ada pengesahan halal lagi pun. Takkanlah kerana sebotol ubat nak diboikot kerana pengeluarnya tapi hari-hari dok lepak makan jajan biskut yang logonya memang senang nak ciplak tu boleh pulak.. jangan pulak dah rasa menjaga halal dalam makan minum, tapi ingat ye.. sempat ke kaji apa kandungan dalam ubat suntik kat badan datangnya dari mana..   SMI ler masing-masing yer..


Thanks Reading..




Sunday 17 August 2014

demam kuning



Jaundis oh jaundis !!

Hai! Jumpa lagi. Nak share lagi kisah baby kena demam kuning yang nama glamernya jaundis. Pengalaman CikHusna yang memecah rekod antara adik-beradiknya yang tak pernah kena jaundis.. pehh sungguh mengharukan. Tak sanggup betul nak ulang alik pergi klinik semata-mata nak ambik ujian darah. Nasib baik cik asben yang uruskan. Me? dok dalam keta.. tak sanggup tengok CikHusna menangis. Kasihan.. hati kecik! Mungkin masa mengandung tu dyant ada kencing manis ( pecah rekod jugak! ) memjadikan CikHusna senang nak dapat jaundis. 
Ibu-ibu di luar sana, jom luangkan masa baca info dari Harian Metro . Entry kali ni memang panjang. Takyah nak berpart 1- part 2. Ilmu bermanfaat ni, akak-akak kita pun ada yang terlupa. Kita refresh balik. Jom..


RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.
Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk.
Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi.
Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami gejala ini. “Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,” katanya.
Bagi ibu-ibu muda, Dr Mohd Azam menasihatkan supaya jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
“Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi,” katanya.

Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.
“Pemeriksaan bayi untuk demam kuning biasanya boleh dibuat di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan bukannya mentol kuning kerana ini akan menampakkan kulit bayi lebih kuning,” jelasnya. 

Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan.
“Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan,” katanya.


Menurut Dr Azam, apabila pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran. 

Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu kelahiran. 

Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh:

  • Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.


  • Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.

  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.

  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.

  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai.

  • Ibu menghidap kencing manis.

  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.

  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.  
  • Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi.“Ia boleh disebabkan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya.
  • Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. Namun menurut Dr Mohd Azam, tidur yang nyenyak dan berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat.“Ini kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya. Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi. 
  • Selain itu, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin.
    Terdapat juga jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat jaundis.

    Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.

    “Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna.
    Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,” nasihatnya.

    Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. Ini kerana ada antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya. Antaranya:
  • Jemur bayi di bawah matahari
    Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja.
    Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi.
  • Minum susu kambing
    Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.
  • Makan jamu dan halia
    Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat.
    Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.
  •  Memberi air glukos pada bayi
    Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

  • Ibu-ibu, macam saya hari tu berpantang biasalah siap sedia dengan jamu + produk txxxxx kononnya nak try yg natural pulak. tapi last-last tak abis makan sebab dah sibuk dengan jaundis CikHusna.Cakap kat orang sebelah .. kesian!. Kadang kala jamu tu sesuai dengan sesetengah badan orang, setengah badan lagi tak. Tapi tidak salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, cuma difahamkan Pakar Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan consume jamu boleh meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning. Lagi parah bila baby tu berdarah jenis O. Disini bukanlah nak menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi sebab jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya.. So ? Pilihan anda? 

    Saya amat suka sekali mencadangkan set semasa berpantang dan boleh diconsumekan sehingga menyusu. Nak cuba? Nak tahu? Kenapa perlu memilih set ini? Of coz la sebab ...
    1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi. 2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis 3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee.

    Boleh refer untuk memilih SET PENYUSUAN  dan baca jugak kisah moyang SHAKLEE saya berkenaan babynya mengalami jaundis KAT SINI JUGAK .Rata-rata testimoni yang pernah consume set ini memang kata bagus.. berkesan.. membantu.

    Ibu-ibu, sekarang saya bangun membuka mata dan sedar betapa pentingnya kesihatan bila dyant mengandung CikHusna. Tak pernah ada kencing manis semasa hamil, kali ni ada pulak. Baby kena jaundis, yang lain dulu tak pernah. The moral is.. cara hidup dan pemakanan yang kita tak jaga ni la sikit-sikit akan dikumpulkan menjadi penyakit.

    Pengalaman, saya tak cuba even susu kambing, buah anggur atau lain.. yang pastinya kekerapan penyusuan untuk anak memang dyant berikan. Jarak 7 tahun dah tak menyusukan anak pun ia jugak. Kekok + lupa cara bf. Kejutla baby anda tu. dia memang nampak macam ngantuk tak cukup tido, tapi bahaya kalau dibiar. Berilah sekerap yang mungkin. Susu ibu memang terbaik. Yang mana kata susu ibu kurang keluar, susu merudum, susu tak pekat, anak meradang tak puas menyusu.. bangunlah. Cari penyelesaian.. cari informasi. bukan untuk sapa lagi. untuk diri sendiri + anak kita jugak . Cubalah menggunakan teknologi it yang ada dihujung jari. 

    Berusahalah yang terbaik. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Memang saya akui belian set amat mahal bagi mereka yang kurang bajetnya, kalau berbajet sangat pun, tanya orang kat sebelah.. cukup sangatkah kita makan vitamin semua setiap hari? Macam kita nak bawak kereta, kereta mahal pulak tu, tapi nak speed laju cepat sampai cuma minyaknya beli hok murah.. lagu mana nak pilih? Macam tu lah supplemen SHAKLEE, nak nampak berkesan biar semua rasa. The more u give the more u get back. Insya Allah akan digantikan dengan sesuatu yang terbaik. Bertindak sekarang!

    THANKS READING!.. 

    NAK DAPATKAN SUPPLEMEN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA SEKELUARGA DENGAN SHAKLEE?
    FEEL FREE TO CONTACT ME AT HERE!










    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...