Ads 468x60px

Tuesday 5 August 2014

KENAPA IFA RAZIAH BUAT PEMBEDAHAN PAYUDARA




Kali ini dicopy paste dari My Mommy. Tq Mommyshahab for d entry. Sebab boleh share dengan semua ibu-ibu yang dah pernah menyusukan anak mungkin pernah buat macam ni jugak... termasuklah saya dulu.hihihi. bahaya skrg ni bila dah tau!
Entri kali ni bukan nak bergossip. Tapi nak menyampaikan sesuatu yang ramai orang tak tahu. Rasanya ramai yang dah tau penyanyi/pelakon/pelawak Ifa Raziah baru sahaja menjalani pembedahan payu dara. Tapi ramai yang tak tahu punca kenapa sampai perlu dibedah.
Tak kurang juga yang sibuk bergosip mengatakan beliau membesarkan payu dara. Daripada kita lemparkan tohmahan pada beliau di bulan-bulan Ramadhan ni, saya rasa saya nak kongsikan sesuatu tentang isu ini. Sebenarnya Ifa Raziah dibedah kerana membuang ketulan (lump) yang terdapat di kedua-dua belah payu dara.
Apa punca sebenar yang menyebabkan berlaku ketulan tersebut?

Untuk pengetahuan para pembaca, ketulan yang terjadi adalah disebabkan beliau berhenti menyusukan anak secara drastik di saat susu badan masih banyak. Disebabkan faktor kesibukan kerja, beliau putuskan susu sebelum tiba masanya. Beliau tidak mengepam dan membiarkan susu terkumpul begitu sahaja. Ini berlaku pada tahun 2011.

Atas faktor yang sama juga, beliau telah banyak kali menangguhkan pembedahan. Sehingga baru-baru ini, setelah 3 tahun, beliau tidak mampu lagi untuk menanggung kesakitan, dan akhirnya terpaksa dibedah untuk membuang semua ketulan-ketulan yang telah merebak ke dua-dua bahagian payudara, sebelum ia menjadi lebih parah.


Akibat Cerai Susu Sebelum Tiba Masa
Susu yang terhasil, apabila dibiarkan terkumpul di dalam payu dara dalam tempoh yang lama akan menyebabkan si ibu mengalami bengkak susu. Dan jika ia tidak dikeluarkan dengan cara menyusukan anak atau pun tidak dipam, akhirnya ia akan menjadi ketulan (lump) dan akhirnya menyebabkan jangkitan (infection).



http://bayigenius.com/wp-content/uploads/2013/07/BENGKAK-SUSU.jpg


Ifa Raziah menyatakan dia sangat kesal dengan tindakannya memutuskan susu. Kalau ditakdirkan beliau mempunyai anak lagi selepas ini, beliau tekad untuk menyusukan anak sehingga habis susu badan. Maksudnya melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. 

Saya rasa tertarik dengan nasihat beliau kepada semua ibu bekerjaya di luar sana. Beliau menasihatkan, walau sibuk macam mana sekalipun, jangan sekali-kali skip sesi mengepam susu. Teruskan menyusu anak masing-masing sehingga 2 tahun. Bila berlaku kes begini, sakit yang ditanggung hanya Allah saja yang tahu. 


Memandangkan ketulan yang terhasil terlalu banyak, doktor terpaksa mengambil keputusan membuang terus kedua-dua belah payu dara. Sekarang beliau terpaksa memakai implan, tetapi implan tersebut tidak akan mengganggu kalenjar susu. 
Maksudnya kalau beliau mengandung lagi, beliau masih boleh menyusukan bayinya nanti. Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh dan Allah kabulkan doa beliau untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri satu hari nanti.

Amin... Nasihat untuk diri sendiri, lepas ni kalau direzekikan anak kelima, fullylah bf yer. Jangan disimpan lagi. Tak nak simpan sakit!  

THANKS READING!.. 

NAK DAPATKAN SUPPLEMEN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA SEKELUARGA DENGAN SHAKLEE?
FEEL FREE TO CONTACT ME AT HERE!

                                                   







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...