Dimulakan dengan Bismillah.
Saya ada cerita dalam diari yang lalu mengenai niat saya nak menShakleekan seluruh keluarga saya. Saya mulakan salah satunya jag penapis air a.k.a 'Get Clean Water Pitcher'. Sedikit hari lalu, saya memang mencari penapis air yang praktikal, mudah serta berkualiti tetapi pilihan harga mesti dalam lingkungan yang mampu saya bayar sebab tak mahu keluar duit ribu riban lagi untuk dapatkan seunit penapis air. Tak moh lagi dah tambah hutang-hutang macam dulu. Jadi, saya nampak penapis air ini masa pertama kali pergi ke branch Taman Molek, jeling-jeling dengan en.somi, ahh tawakal ajelah, terus tambah dalam order [padahal, beg duit tak tengok lagi cukup ker tidak..nak punya pasal].
APA YANG ADA DALAM KOTAK
pic dari google, sendiri punya pic tak lawa |
Selain manual sheet yang simple nak guide, ada juga terdapat sekotak biskut karbon refill (hehe.. bukanlah. ia blok karbon, packing aje macam biskut dalam tin tu), ada dapat satu jag jernih transparent dengan siap penutupnya bermeter dan filter housing (tempat simpan blok karbon) dan filter housing cap yang boleh reuse (digunapakai) banyak kali.
Yang menariknya, setiap item ada dijual berasingan. Lagi mudah, beli sahaja set kemudian bila refill blok karbon dah habis hanya terus order refill yang baru sahaja untuk replace semula.
Dari tadi cerita tentang Blok Karbon,
apa kandungan ajaibnya itu sehingga boleh menggunakan majika menuras
sehingga 80 gelen air? .. Untuk pengetahuan semua, blok turasan ini
dicipta dengan arang tempurung kelapa. Nah! Semua ciptaan SHAKLEE tetap
mengutamakan Mesra Alam. Jadi, buat apa nak takut untuk berhijrah kepada
yang berkualiti. Bak kata Get Clean, ' safe for you, your home and your
planet'. Jimatkan?.
CARA PEMASANGAN AMAT PRAKTIKAL
Berbeza dengan penapis air
yang lain kena bukak kepala paip atau pomen apa ntah, tetapi Water Pitcher ni
cuma pasang siap-siap blok karbon dalam housing kit tu, tuang sahaja air paip kat singki tu dan tunggu ia menapis dalam beberapa minit, then
boleh kita minum. Jangan takut, manual sheet ada disertakan di dalam kotak ini. Senang nak assemble. Yang penting getah bewarna putih ini kena betul-betul terletak kemas
pada housing kit. Kalau tidak, air akan turun macam air terjun. Itu
salah ye.. itu bukan tapis jadinya. Jangka hayat blok karbon itu bergantung kekerapan anda menuras air dan jangan takut, pitcher ini hanya akan keluar tanda amaran 'REPLACE' dipenutup jag maknanya kita kena tukar blok karbon baru.. Istimewanya lagi, tiada penggunaan elektrikal diperlukan. Bestkan?
SEBAB JATUH CINTA DENGAN GCWP
Saya sangat berpuashati dengan penapis air baru ini. Sentiasa SELAMAT dan menyelamatkan seluruh keluarga saya. Dengan keistimewaan Blok Karbon yang boleh menyingkirkan segala benda asing termasuk kandungan plumbum, merkuri, klorin dalam air paip saya di rumah tu. Tiada masalah nampaknya dengan bau dan rasa klorin. Ia menyedapkan air yang saya sekeluarga minum. Bersih!.
Jernih tu dari tapisan GET CLEAN |
Ia menjadikan pengguna Malaysia BIJAK memilih dan mengguna. Menjimatkan yang amat dan sangat berbaloi. Satu blok karbon ini boleh menuraskan air sebanyak 80 gelen air = 303 liter air. Bila meter hampir ke '80' barulah ready untuk tukar blok karbon yang baru.
Bagi mereka yang selalu keluar membawa anak bercuti atau yang selalu booking hotel, pitcher ini amat praktikal untuk di bawa. Tak gaduh nak membeli air mineral.
Sesuai lah dengan namanya ' Get Clean Water Pitcher'. Jom, bila nak mula bersihkan air minuman kita? Seunit berharga RM 460.00. Amat murah, tak sampai pun RM 500.00 berbanding penapis ribu riban yang dahulu. Siap boleh bawak balik kampung dan ikut jalan-jalan melancong lagi. Tak teringin ke? Yang ribu riban dulu cuma terlekat kat dinding dapur, kita keluar melancong pun tak bawakkan?. Lagilah pulak kita kena beli air mineral untuk nak minum. Sebotol seorang, kalau anak kita 5 orang? hehe kiralah sendiri..
Saya setiap hari memang bawa bekalan air ini ke pejabat. Selalu jer sedekah sebotol air pada kawan-kawan, mereka kata sedap. Rasa airnya berbeza dengan mineral yang dijual tu. Lagilah saya selalu bawakkan untuk mereka bila mereka dah sebut suka sebab sedap!. Apalah sangat dengan sedekah air jer.. Moga-moga mereka sihat, buah pinggang takde masalah dan dapat tolong basahkan tekak mereka yang haus sambil-sambil dok doa moga satu jag air ini mesti ada kat rumah untuk mereka satu hari nanti. Amin..
Mana-mana yang berhadapan dengan masalah
air putih dalam minuman, saya cadangkan set ini memang patut dipilih
sebab kehandalannya menuras, harga yang mampu milik, sangat praktikal
dan yang penting selamat dan sangat mesra pengguna. Terujakan bila sharing saya kali ini dan teringin nak dapatkan satu tetapi.... sistem kewangan terhad buat masa sekarang ni, saya faham dan saya ada tips mudah untuk anda semua dapatkannya dengan sms 019 7312447 atau yang nak dapatkan sendiri boleh pergi ke branch SHAKLEE yang berdekatan dan boleh guna id saya 1150236.
Saya doakan langkah kebijaksanaan anda akan 'safe you, your home and your planet!.
Thanks reading : )