SUAMI KU, PLEASE....
Dalam sesebuah perkahwinan, sudah semestinya suami isteri menginginkan untuk mempunyai zuriat mereka sendiri.
Apabila mendapat berita tentang isterinya telah disahkan mengandung,
 sudah tentu suami adalah orang yang paling gembira sekali menerima 
berita tersebut. Namun bagaimanakah tindakan si suami di dalam 
menghadapi kerenah isteri yang mengalami perubahan hormon ketika hamil? Bukan mudah sebenarnya…
Jika suami yang sudah berpengalaman mempunyai
 lebih daripada seorang anak, pasti tahu apa yang hendak dilakukan 
tetapi bagi suami yang baharu pertama kali menghadapi  situasi tersebut 
tentu sahaja kurang pasti apa yang harus dilakukan.

Walaupun suami cuba menghulurkan bantuan, hakikatnya tidak ramai yang faham terhadap perubahan emosi atau ‘mood’ wanita hamil
 yang biasanya lebih sensitif dan sangat memerlukan perhatian daripada 
suami. Kadang-kadang memang nampak hingga berlebihan. Tapi itulah 
hakikatnya…seorang isteri yang sentiasa ingin bermanja dengan suaminya 
yang tercinta. Bersabarlah mengikuti kemahuan si isteri.
Tips yang boleh dijadikan panduan apabila suami berdepan dengan situasi isteri sedang berbadan dua. Ia penting untuk diketahui oleh para suami kerana ada kalanya kerenah isteri mengandung boleh mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.
1. Cari maklumat kehamilan
Kehamilan akan mengubah perilaku isteri anda 
secara fizikal ataupun emosi. Mudah penat, pening dan muntah kini 
menjadi sahabat karibnya. Isteri juga menjadi lebih sensitive walaupun 
untuk perkara yang dirasakan sangat remeh.  Sebagai suami janganlah 
mudah melenting dan marah dengan perubahan tersebut. Ia adalah perkara 
normal yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
Oleh itu suami perlu mempunyai ilmu dan info berkenaan kehamilan.
 Secara tidak langsung anda boleh berkongsi dengan isteri tentang info 
tersebut dan dia akan merasakan betapa anda mengambil tahu perubahan 
yang sedang dilaluinya.
2. Jaga pemakanan isteri
Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri 
anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika 
mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu
 selera atau makan bersama-sama dengannya.
Jika isteri hilang selera makan ketika 
peringkat awal kehamilan, belikan dia makanan yang memenuhi seleranya 
sahaja. Jangan paksa dia makan makanan yang tidak boleh dijamah.  Isteri
 anda juga memerlukan masa rehat yang mencukupi kerana dia mudah penat 
dan letih ketika ini.
Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang
 membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, 
pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai 
seorang suami.
3. Elak tekanan
Sewaktu isteri hamil, jangan
 sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri.  Ketika ini isteri enggan
 memikirkan perkara yang boleh memeningkan kepalanya. Oleh itu seboleh 
mungkin selesaikan masalah tanpa melibatkan isteri.
Jangan mempermainkan perasaan isteri kerana seorang isteri selalunya mempunyai ‘naluri isteri’ atau 6th sense!
4. Teman isteri jumpa doktor
Keprihatinan anda menemankan isteri berjumpa 
doktor bagi mendapatkan rawatan bulanan memberikan makna kepada isteri. 
Isteri berasa diri dihargai dan disayangi. Bayangkan isteri anda sarat 
mengandung dan perlu memandu sendirian serta menunggu giliran 
berseorangan sedangkan isteri orang lalin ditemani suami masing-masing.
Tentu sedikit sebanyak ia mengganggu emosi isteri. Sesungguhnya kehadiran suami memberikan semangat kepada isteri.
Thanks reading : )
Sumber terjah baca kat sini!



 

 

 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment