Jaundis oh jaundis !!
Hai! Jumpa lagi. Nak share lagi kisah baby kena demam kuning yang nama glamernya jaundis. Pengalaman CikHusna yang memecah rekod antara adik-beradiknya yang tak pernah kena jaundis.. pehh sungguh mengharukan. Tak sanggup betul nak ulang alik pergi klinik semata-mata nak ambik ujian darah. Nasib baik cik asben yang uruskan. Me? dok dalam keta.. tak sanggup tengok CikHusna menangis. Kasihan.. hati kecik! Mungkin masa mengandung tu dyant ada kencing manis ( pecah rekod jugak! ) memjadikan CikHusna senang nak dapat jaundis.
Ibu-ibu di luar sana, jom luangkan masa baca info dari Harian Metro . Entry kali ni memang panjang. Takyah nak berpart 1- part 2. Ilmu bermanfaat ni, akak-akak kita pun ada yang terlupa. Kita refresh balik. Jom..
RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi
mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk
menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan
bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan
fototerapi.
Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling
mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi
diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air
kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus
diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau
akan membuatkan keadaan bertambah teruk.
Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi
mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud
tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi
semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan
mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi.
Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam
Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara
normal. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami
gejala ini. “Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti
bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat
dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki
apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,”
katanya.
Bagi ibu-ibu muda, Dr Mohd Azam menasihatkan supaya jangan risau
sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana
ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak,
pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen
dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
“Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi
apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian
dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah
akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui
kekuningan pada tubuh bayi,” katanya.
Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia
mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan
pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.
“Pemeriksaan bayi untuk demam kuning biasanya boleh dibuat di dalam
cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan
bukannya mentol kuning kerana ini akan menampakkan kulit bayi lebih
kuning,” jelasnya.
Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan
ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan
menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia
masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap
bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan
fototerapi akan diberikan.
“Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water
dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini
berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’
dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi
ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah
428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan,”
katanya.
Menurut Dr Azam, apabila pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis
berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain
seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih
teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan
pendengaran.
Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah
amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital
menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu
kelahiran.
Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh:
Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.
Jaundis
lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan
berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses
bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya,
terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
Sel
darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah
dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.
Lebam
pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum
yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
Darah ibu dan bayi tidak sesuai.
Ibu menghidap kencing manis.
Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.
Ibu
bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning
dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian
tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi
kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan
memerlukan rawatan rapi.“Ia boleh disebabkan masalah yang serius
pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran
yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya.
Ramai
ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas
dilahirkan. Namun menurut Dr Mohd Azam, tidur yang nyenyak dan
berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat.“Ini
kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi
untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini
akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat
dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila
bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya. Bayi
jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat
pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak
memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan
kesan positif kepada bayi.
Selain itu, bayi yang tidak pandai
menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat
penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang
lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin.
Terdapat juga
jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh
pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada
minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan
kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat
jaundis.
Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin
menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga
hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi
mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap
bilirubin menurun.Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta
berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya
dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting,
jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu
ibu merosot.
“Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi
sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi
dapat menghisap dengan sempurna.
Dapatkan bantuan daripada pihak
hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang
proses pengeluaran susu,” nasihatnya.
Selain rawatan di hospital,
terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Sebaiknya
ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada
pakar terlebih dulu. Ini kerana ada antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya. Antaranya:
Jemur bayi di bawah matahari
Ramai
ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan
kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu
dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga
15 minit saja.
Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri
akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun
kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya
lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi.
Minum susu kambing
Memberi
bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana
belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu
mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan
akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.
Makan jamu dan halia
Banyak
makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan
pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila
bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan
bilirubin meningkat.
Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.
Memberi air glukos pada bayi
Ramai
mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan
masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air
glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat
dikeluarkan melalui najis.
Ibu-ibu, macam saya hari tu berpantang biasalah siap sedia dengan jamu + produk txxxxx kononnya nak try yg natural pulak. tapi last-last tak abis makan sebab dah sibuk dengan jaundis CikHusna.Cakap kat orang sebelah .. kesian!. Kadang kala jamu tu sesuai dengan sesetengah badan orang, setengah badan lagi tak. Tapi tidak
salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, cuma difahamkan Pakar
Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan consume jamu boleh
meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning. Lagi parah bila baby tu berdarah jenis O.
Disini bukanlah nak menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi sebab jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu,
elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak
kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada
dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya.. So ? Pilihan anda?
Saya amat suka sekali mencadangkan set semasa berpantang dan boleh diconsumekan sehingga menyusu. Nak cuba? Nak tahu? Kenapa perlu memilih set ini? Of coz la sebab ...
1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.
2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis
3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee.
Boleh refer untuk memilih SET PENYUSUAN dan baca jugak kisah moyang SHAKLEE saya berkenaan babynya mengalami jaundis KAT SINI JUGAK .Rata-rata testimoni yang pernah consume set ini memang kata bagus.. berkesan.. membantu.
Ibu-ibu, sekarang saya bangun membuka mata dan sedar betapa pentingnya kesihatan bila dyant mengandung CikHusna. Tak pernah ada kencing manis semasa hamil, kali ni ada pulak. Baby kena jaundis, yang lain dulu tak pernah. The moral is.. cara hidup dan pemakanan yang kita tak jaga ni la sikit-sikit akan dikumpulkan menjadi penyakit.
Pengalaman, saya tak cuba even susu kambing, buah anggur atau lain.. yang pastinya kekerapan penyusuan untuk anak memang dyant berikan. Jarak 7 tahun dah tak menyusukan anak pun ia jugak. Kekok + lupa cara bf. Kejutla baby anda tu. dia memang nampak macam ngantuk tak cukup tido, tapi bahaya kalau dibiar. Berilah sekerap yang mungkin. Susu ibu memang terbaik. Yang mana kata susu ibu kurang keluar, susu merudum, susu tak pekat, anak meradang tak puas menyusu.. bangunlah. Cari penyelesaian.. cari informasi. bukan untuk sapa lagi. untuk diri sendiri + anak kita jugak . Cubalah menggunakan teknologi it yang ada dihujung jari.
Berusahalah yang terbaik. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Memang saya akui belian set amat mahal bagi mereka yang kurang bajetnya, kalau berbajet sangat pun, tanya orang kat sebelah.. cukup sangatkah kita makan vitamin semua setiap hari? Macam kita nak bawak kereta, kereta mahal pulak tu, tapi nak speed laju cepat sampai cuma minyaknya beli hok murah.. lagu mana nak pilih? Macam tu lah supplemen SHAKLEE, nak nampak berkesan biar semua rasa. The more u give the more u get back. Insya Allah akan digantikan dengan sesuatu yang terbaik. Bertindak sekarang!
THANKS READING!..
NAK DAPATKAN SUPPLEMEN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA SEKELUARGA DENGAN SHAKLEE?
FEEL FREE TO CONTACT ME AT HERE!