Kenapa saya consume SHAKLEE, rasa ..??
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Perkongsian kali ini mengenai 'Healing Crisis'. Mana-mana yang dah mencuba Shaklee, ada terasa panas, kalau berpeluh tu pun macam mandi dibuatnya, sakit kepala, loya, tidak boleh tidur ( macam testimoni emak saya .. ) so, be calm. Jangan risau.
Itu adalah tanda-tanda ‘Healing Crisis’. Macamana nak atasi bila dah terjadi kat diri.. jom study..
Apa itu ‘Healing
Crisis’?
‘Healing Crisis’ atau lebih
difahami sebagai krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita yang banyak
radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.
Proses ini sering disalah erti. Ramai
yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan
ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang
berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak
sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita
daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat
kesihatan yang lebih baik.
Sebenarnya apa yang anda alami
itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk
tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan
tindakbalas yang baik. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin
yang kita makan.
Dalam tempoh ‘healing crisis’
ini, seseorang individu akan mengalami beberapa ketidakselesaan seperti sakit
kepala, mual, letih, ruam pada kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya
mengikut keadaan badan individu tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara.
Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada
tahap kesihatan individu terbabit.
Bagaimana Nak
Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?
Minum air suam/plain water dengan
banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita
memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi
keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas
dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing
crisis’ selepas mengambil/makan vitamin Shaklee, amalkan minum air
sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan
izinNya. Sekali lagi saya ingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti vitamin
tersebut tidak serasi dengan anda, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana
badan kita bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.
Selain daripada minum banyak air,
pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat membantu. Ini kerana buah
dan sayur mengandungi banyak serat yang boleh menjadi medium pembuangan toksin
daripada najis.
Berikut adalah kesan-kesan ‘healing crisis’ dan penyebabnya tapi sebelum tu credit to mamacilik :)
Tanda-tanda
|
Penyebab
|
Keletihan,
berasa mengantuk
|
Tubuh berasid, fungsi hati yang
lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
|
Sakit
kepala, kepala terasa berat
|
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
|
Demam,
demam sedikit, keresahan
|
Metabolisma meningkat, merangsang
fungsi imun badan
|
Cirit-birit,
kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau
busuk
|
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam
kolon
|
Kembung,
perut bergas
|
Sistem penghadaman yang lemah
|
Ruam,
gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
|
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem
penghapusan yang lemah
|
Pengeluaran
lendir seperti kahak, hidung berair
|
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan
kahak, tanda detoksifikasi
|
Hidung
berdarah
|
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
|
Sakit
di bahagian otot dan sendi
|
Tubuh berasid, toksin terkumpul di
tempat yang sakit
|
Merasa
lebih sakit di bahagian yang terjejas
|
Proses penyembuhan semakin cepat
|
Insomnia
atau hiperaktif
|
Sistem Saraf yang lemah
|
Haid
tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak
mengeluarkan lendir
|
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
|
Pendarahan
ketika membuang air besar
|
Mungkin buasir
|
Pening,
lapar
|
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia
(tidak cukup darah merah)
|
Loya,
sembelit, sedu
|
Sistem penghadaman lemah, masalah
hati
|
Slight
Edema (bengkak)
|
Masalah buah pinggang
|
0 comments:
Post a Comment